[VIDEO] Cari pasal dengan 'bouncer' kelab malam, pelanggan mabuk pengsan makan penampar 'abang sado'


  • Benua
  • Khamis, 10 Nov 2022

Keadaan seorang lelaki yang terbaring di atas jalan akibat pengsan selepas ditampar oleh pengawal kelab malam di Sepanyol.

SEORANG pengawal keselamatan di sebuah kelab malam di Sepanyol dikatakan hilang sabar terhadap seorang lelaki yang melakukan provokasi ke atasnya baru-baru ini.

Sebelum itu, pelanggan terbabit yang dipercayai sedang mabuk secara tiba-tiba menghampirinya dan cuba mengganggunya bertugas.

Pada masa sama lelaki itu turut mendesak supaya dibenarkan masuk ke dalam kelab malam terbabit.

Menerusi satu rakaman yang tular di Twitter, pengawal berkenaan hanya berdiam diri dan melihat gelagat lelaki mabuk itu yang cuba meraba dadanya.

Lelaki itu kemudian menari di depan pengawal berkenaan dan cuba merapatinya.

Kedengaran juga beberapa individu dalam video tersebut yang mentertawakan lelaki berkenaan.

Terganggu dengan tindakan lelaki itu, pengawal berkenan tanpa ragu kemudiannya menampar lelaki itu sehingga jatuh tersembam ke tanah.

Lelaki itu kemudian bangun dan meminta agar pengawal terbabit menamparnya sekali lagi.

Tamparan kedua itu kemudian dia jatuh tersembam sekali lagi lalu tidak sedarkan diri.

Awalnya, beberapa individu di sekitar kawasan melihat kejadian itu sebagai perkara yang lucu.

Pengawal berkenaan bersama beberapa orang awam kemudiannya menghantar lelaki itu ke balai polis berhampiran. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram