Kemaskini LRT Kelana Jaya: Berikut adalah stesen yang akan ditutup bermula 9 hingga 15 November


  • Primer
  • Rabu, 09 Nov 2022

Pengumuman laluan di beberapa stesen LRT ditutup bermula 9 hingga 15 November depan.

RAPIDKL mengumumkan bahawa 16 stesen di laluan LRT Kelana Jaya akan ditutup dari 9 hingga 15 November selepas mengalami gangguan perkhidmatan sementara pada Isnin dan Selasa.

Dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya Rabu RapidKL memaklumkan 21 stesen lain di laluan LRT Kelana Jaya akan menamatkan perkhidmatan pada pukul 11 ​​malam lebih awal daripada waktu yang dijadualkan.

Antara stesen yang terlibat ialah Wangsa Maju, Taman Melati, Sri Rampai, Setiawangsa, Dato Keramat, Damai, US7, Subang Heights, Alam Megah dan beberapa stesen lagi.

Sementara itu, sebanyak16 stesen yang ditutup operasi antaranya KLCC, Ampang Park, Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi dan Kampung Baru.

Bas perantara percuma akan disediakan di beberapa laluan dan perkhidmatan tersebut dilanjutkan sehingga 12 tengah malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram