[VIDEO] Aksi bola sepak bertukar adegan tumbuk terajang


  • Tular
  • Khamis, 03 Nov 2022

Tangkap layar sekumpulan lelaki terlibat dalam pergaduhan dalam satu acara perlawanan bola sepak di FootballHub Rimbayu.

PERLAWANAN bola sepak antara dua pasukan yang seharusnya dipenuhi dengan semangat kesukanan bertukar wajah apabila sekumpulan pemain termasuk penonton terlibat dengan bergaduhan.

Difahamkan insiden itu berlaku antara pasukan Rynegan FC dengan Image Hunter LFC di FootballHub Rimbayu, Selangor baru-baru ini.

Punca sebenar perbalahan itu berlaku tidak dikeketaui namun, berdasarkan rakaman yang tular di media sosial, kedua-dua pasukan kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan keputusan permainan.

Awalnya mereka dilihat saling bertegang urat dan memarahi antara satu sama lain sebelum salah seorang lelaki tiba-tiba bertindak agresif.

Lelaki terbabit secara tiba-tiba pergi ke arah seorang pemain dan menolak kepalanya sehingga mencetuskan provokasi terhadap pemain lain.

Pada masa sama lelaki itu turut menumbuk muka pemain terbabit. Pergaduhan mereka itu dileraikan oleh beberapa individu lain yang turut berada di tempat kejadian.

Kemudian pemain itu berlari ke arah hujung padang dan dikejar oleh beberapa orang lagi.

Keadaan mereka selepas pergaduhan bagaimanapun tidak dapat diketahui. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram