Kejayaan PRN Johor boleh diulang BN di PRU15 — Ka Siong


  • Politik
  • Isnin, 07 Nov 2022

Wee Ka Siong (tiga dari kiri) bersama sebahagian pengundi di Parlimen Alor Setar.

KEJAYAAN Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah bukti bahawa kestabilan dan kemakmuran diperlukan untuk membentuk kerajaan yang stabil.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, PRN Johor juga adalah ujian kepada BN dan ia adalah bukti bahawa teori kestabilan dan kemakmuran boleh ditiru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

"Sekiranya terdapat hubung kait antara teori kestabilan dan kemakmuran, PRN Johor akan menjadi contoh terbaik.

"Ia bukan lagi teori tetapi realiti yang telah dibuktikan daripada keputusan yang dicapai semasa PRN Johor," katanya.

Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan itu berkata, semasa PRN Johor pada Mac, BN mencatat kemenangan besar dengan 40 kerusi, berbanding hanya 17 kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU14.

Beliau berkata, MCA mampu memenangi empat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) daripada DAP dan hanya kalah tipis dua kerusi Dun.

PRN Johor menyaksikan Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi 12 kerusi, Perikatan Nasional tiga kerusi dan Perikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) meraih satu.

Beliau berkata, formula kemenangan ini boleh diulangi pada PRU15 dan inilah yang diharapkan oleh jentera pilihan raya BN di seluruh negara.

Ka Siong berkata demikian semasa lawatan ke pejabat MCA bahagian Alor Setar, Kedah yang juga mencalonkan Tan Chee Hiong untuk PRU15.

Beliau menggesa pengundi di Alor Setar supaya mengundi Chee Hiong yang juga anak jati kawasan itu dan tahu apa yang diperlukan penduduk untuk masa depan.

"Saya sering mengingatkan bahawa PRU15 kali ini amat penting kerana ia dapat membantu kita mengukuhkan kedudukan kita dalam kerajaan Persekutuan," katanya.

Chee Hiong, 43, dilahirkan dan membesar di Simpang Kuala Alor Setar serta bakal bertanding buat pertama kali menentang Afnan Hamimi Taib Azamuddin (Perikatan Nasional), Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat (Pejuang), Datuk Fadzil Hanafi (Warisan) dan Simon Ooi (Pakatan Harapan).

Selain itu, Chee Hiong juga akan berdepan dua calon bebas iaitu bekas pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Datuk Nordin Yunus dan bekas penjawat awam, Sofan Feroza Md Yusup. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram