[VIDEO] Terlepas pesawat, wanita mengamuk baling beg, berdiri atas kaunter di lapangan terbang


  • Benua
  • Isnin, 07 Nov 2022

Tangkap layar seorang wanita melemparkan barangan dan bagasi di kaunter daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City, Mexico.

PERANCANGAN rapi adalah tindakan penting bagi mengelakkan perkara tidak dingini berlaku dalam apa juga keadaan.

Begitu juga sebelum ke destinasi di tuju menaiki pesawat kerana selalunya lokasi lapangan terbang terletak jauh dari bandar.

Tiba awal di lapangan terbang membolehkan kita untuk daftar lebih cepat dan tidak perlu tergopoh gapah.

Bagaimanapun perkara berbeza berlaku ke atas seorang wanita yang tiba lewat di kaunter daftar masuk hingga tidak dibenarkan menaiki pesawat.

Bengang dengan situasi dialaminya, dia kemudian mengamuk dan membaling barangan yang ada di kaunter tersebut termasuk memaki hamun kakitangan penerbangan.

Kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City, Mexico itu menarik perhatian selepas dimuat naik di media sosial.

Menurut jurucakap lapangan terbang, wanita tersebut cuba untuk daftar masuk menggunakan pasport yang tamat tempoh.

“Dia marah dan mula bertindak ganas dengan memasuki bahagian kaunter. Dia membaling barangan dan cuba merosakkan kaunter.

“Tidak cukup dengan itu dia memanjat dan berdiri di atas kaunter dan memarahi penumpang lain yang beratur untuk daftar masuk,” katanya.

Wanita itu kemudian dibawa oleh beberapa pegawai keselamatan bagi meredahkan keadaan. Bagaimanapun tiada sebarang mangsa yang tercedera dalam insiden terbabit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram