Bukan calang-calang, lebih 20 tahun 8 otai kekal kuasa di Parlimen sama


  • Politik
  • Ahad, 06 Nov 2022

Selain Ku Li (kiri) dan Tun Mahathir, ada beberapa lagi otai politik yang muncul dalam PRU lebih dari 20 tahun.

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun ini menyaksikan ramai muka baharu yang diperkenalkan parti-parti politik.

Muka baharu dalam dunia politik memang penting untuk diperkenalkan demi meneruskan kelangsungan penguasaan parti-parti politik selain memberi pilihan yang lebih segar kepada pengundi.

Namun, muka-muka otai dalam dunia politik masih perlu dikekalkan disebabkan pengalaman mereka dalam PRU sebelum ini.

Selain pengalaman, muka-muka orang lama juga amat diperlukan untuk mengukuhkan penguasaan parti bagi membentuk kerajaan.

Berikut adalah senarai ahli politik yang kekal bertanding untuk mempertahankan kerusi mereka lebih daripada empat penggal.

IPOH, 25 Nov — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan amanat sebelum merasmikan Karnival Jualan Mega 2017@ Bulatan Amanjaya hari ini.— fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk): Penggal ketujuh

Walaupun mendapat kritikan daripada rakyat, Presiden Umno ini masih lagi bertanding pada PRU15 di Parlimen Bagan Datuk dan ini adalah kali kelapan dia mewakili Umno sejak 1995.

Walaupun sudah bebas pertuduhan satu kes di mahkamah, namun imej Ahmad Zahid, 69, tahun ini dilihat agak goyah dan nampak seperti sukar untuk mempertahankan kerusinya kerana prosiding perundangan yang masih berjalan melibatkan dirinya.

( File PIX ) Datuk Seri Ismail Sabri. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Datuk Seri Ismail Sabri (Bera): Penggal kelima

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, 62, mula bertanding di Parlimen Bera pada 2004 dan tidak pernah kalah di kawasan itu.

Tahun ini merupakan kali kelima dia mempertaruhkan dirinya untuk berdepan lawan di parlimen tersebut.

Sokongan pengundi terhadap Ismail sentiasa menunjukkan peningkatan, cuma pada PRU 2018, dia mencatatkan jumlah undi kurang 1,000 berbanding sebelumnya.

PUTRAJAYA, 10 Feb -- Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada Program Sesi Dialog Industri Agromakanan 2022 bersama Menteri (MAFI) di Wisma Tani hari ini.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARAPUTRAJAYA, Feb 10 -- Minister of Agriculture and Food Industry Datuk Seri Dr Ronald Kiandee at the 2022 Agro-Food Industry Dialogue Session Programme with the Minister (MAFI) at Wisma Tani today.--fotoBERNAMA (2022) COPYRIGHT RESERVED

Datuk Seri Ronald Kiandee (Beluran): Penggal keenam

Mula bertanding di Parlimen Beluran pada 1999, Datuk Seri Ronald Kiandee, 61, bertanding di bawah tiket Barisan Nasional selama lima penggal.

Namun, bagi penggal ke enam, namanya digugurkan sehinggalah dia membuat kejutan untuk mempertahankan kerusinya itu menerusi tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU15.

Untuk rekod, Ronald pernah menang tanpa bertanding pada PRU 2004.

Interview Umno vice-president Datuk Seri Hishammuddin Hussein in conjunction with the upcoming Umno general assembly. Stories for use in run-up to assembly

Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong): Penggal kelima

Memulakan langkah dalam PRU sejak 1995, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 61, mula bertanding di Parlimen Tenggara selama dua penggal disitu.

Namun pada PRU 2004, dia berpindah ke Sembrong dan mengekalkan kemenangannya sehinggalah PRU 2018.

Tahun ini menyaksikan kali kelima dia bertanding dan berkemungkinan boleh mempertahankan kerusinya itu.

KOTA KINABALU, 2 Okt -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bercakap ketika mengadakan sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sekembalinya dari lawatan selama tiga hari di Kalimantan Utara yang berakhir hari ini.--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna): Penggal ketujuh

Shafie Apdal, 66, mula bertanding di Parlimen Semporna sejak 1995 di bawah tiket Umno sehingga PRU 2013.

Pada PRU 2018, Shafie masih bertanding di tempat sama tetapi di bawah parti Warisan yang diasaskannya bersama beberapa ahli politik Sabah yang lain.

Tahun ini menyaksikan dia bertanding lagi di tempat sama di bawah parti sama dan ini adalah penggal ketujuh buatnya.

Interview with former Finance Minister and UMNO Veteran Ku Li for story on Guthrie Dawn Raid—SHAARI CHEMAT/The Star

Tan Sri Tengku Razaleigh (Gua Musang): Penggal ke 13

Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li, 85, adalah pemimpin paling lama yang membuat kemunculan dalam PRU.

Untuk rekod, ini adalah kali ke-13 dia bertanding sejak 1974 di bawah Umno. Hanya pada PRU 1990 dan 1995 dia bertanding di bawah Parti Semangat 46.

Selepas itu, dia kekal kembali bersama Umno dan ini adalah penggal ke-12 dia bertanding di kerusi sama iaitu Gua Musang.

KUALA LUMPUR, 3 April -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika sidang akbar pada pelancaran Majlis Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Parlimen hari ini.--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau): Penggal kelima

PRU tahun ini menyaksikan Umno mula menyingkirkan muka-muka lama dan seorang daripadanya ialah Shahidan Kassim, 71.

Walaupun sudah empat penggal mempertahankan Parlimen Arau, Shahidan tetap disingkirkan Umno.

Namun, Shahidan yang masih mahu mengekalkan kerusinya di Arau akhirnya bertanding dengan menggunakan tiket PN pada PRU kali ini.

PUTRAJAYA, 9 Mac -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan isyarat bagus selepas mengumumkan pelantikan jemaah menteri di Bangunan Perdana Putra hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, March 9 -- Prime Minister  Tan Sri Muhyiddin Yassin showing thumbs up after Appoinment of Cabinet Ministers Announcement at Perdana Putra today.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh): Penggal ketujuh

Bertanding di Parlimen Pagoh, ini adalah penggal ketujuh bekas Perdana Menteri itu bertanding.

Mula bertanding di Pagoh sejak PRU 1978 dan 1982, Muhyiddin, 75, kemudian tidak bertanding sebelum muncul semula pada PRU 1995.

Bertanding atas tiket Umno sejak awal, hanya pada PRU sebelum ini dia bertanding di bawah parti baharu, Bersatu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram