Wanita nyaris jadi lauk jerung rupanya 'kenalan' hampir 20 tahun


  • Benua
  • Jumaat, 04 Nov 2022

Ramsey bersedia untuk terjun dari bot apabila seekor jerung harimau muncul di tepi tangga dan membuka mulutnya. — Agensi

SEORANG ahli pemuliharaan marin nyaris menjadi santapan jerung yang muncul secara tiba-tiba, lapor United Press International pada Rabu.

Berdasarkan rakaman video, ahli biologi marin bernama Ocean Ramsey itu bersedia untuk terjun dari bot apabila seekor jerung muncul di tepi tangga dan membuka mulutnya.

Ramsey bagaimanapun hanya tertawa dan menyapa jerung yang lama dikenalinya serta dinamakan sebagai Queen Nikki.

“Saya sayang jerung harimau tersebut kerana membesar dengannya selama 20 tahun,” kata Ramsey.

Tambah Ramsey, Queen Nikki bertindak balas sedemikian kerana dia terlalu pantas terjun ke laut.

“Saya dapat melihatnya dan ia berada sangat dekat. Dengan kelajuan tersebut, ia kelihatan seperti benar-benar berada di hujung sirip renang saya.

“Terdapat kawanan ikan kecil di dalam air, jadi saya dapat melihat Queen Nikki berenang dengan laju dan sebab itu saya perlu berundur segera,” ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Penyelam, Jerung Harimau, Queen Nikki, Viral,