[VIDEO] Macam kerja orang dalam, kurang seminit 4 sekawan ‘rembat’ peti besi sumbat dalam kereta


  • Tular
  • Rabu, 02 Nov 2022

Tangkap layar empat individu melarikan sebuah peti besi dari dalam premis.

SEORANG lelaki dilihat terlalu mudah membuka pintu penutup gendela gulung (roller shutter) sebuah premis dalam satu kejadian rompakan menyebabkan dirinya menjadi suspek utama.

Tindakannya menarik perhatian pengguna media sosial apabila rata-rata berpendapat lelaki itu mungkin ‘orang dalam’ yang menjadi dalang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Baim19930 di TikTok, sebuah peti besi berjaya dilarikan oleh lelaki berkenaan dengan bantuan tiga lagi individu.

"Orang dalam juga buat kerja ini. Mudah sangat buka," kata Bebyeza78.

Melihat kepada rakaman, mereka mengambil masa kurang satu minit untuk mengeluarkan sebuah peti besi dari dalam kedai.

Seramai tiga individu dilihat menolak peti terbabit keluar sebelum seorang lagi muncul membantu memindahkannya ke dalam kereta.

Difahamkan kejadian yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) itu berlaku di kawasan pusat komersial di Sabah.

Sewaktu kejadian, kesemua suspek dilihat memakai topi.

Sementara itu Majoriti masih berusaha untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram