[VIDEO] ‘Macam Belanda dapat tanah’, pendatang asing siap bina rumah di Melaka


  • Tular
  • Khamis, 27 Okt 2022

Tangkap layar kewujudan pendatang asing yang dikhuatiri menjejaskan keselamatan penduduk setempat di Kampung Limbongan, melaka.

SEORANG individu meluahkan rasa tidak puas hati dan bimbang terhadap lambakan warga asing yang dilihat seperti cuba mendominasi kawasan perumahan di Kampung Limbongan, Melaka.

Perkara itu dinyatakan dalam video yang dimuat naik ke TikTok, @mykhabar. Dalam rakaman tersebut, individu berkenaan memaparkan kediaman warga asing di Melaka yang dipenuhi dengan pelbagai barangan kitar semula.

Katanya, keadaan rumah yang berselerak dengan perkakas besi buruk itu dikhuatiri akan menyebabkan masalah penyakit denggi.

“Ini kawasan kampung. Keadaan rumah macam ini boleh mengakibatkan denggi. Mereka ini semua bimbang akan mencetuskan masalah kepada keselamatan penduduk setempat.

“Mereka ini masuk 2020, tetapi sekarang sudah boleh membawa motosikal (motosikal roda tiga). Sebelum ini saya pernah viral (tular) tentang kewujudan motosikal ini,” katanya.

Dalam pada itu, individu terbabit turut memberitahu warga asing membina penempatan mereka termasuk melakukan aktiviti bercucuk tanam.

“Ini bukan tanah mereka. Tanah ini dimiliki oleh orang lain. Jadi persoalannya bagaimana mereka boleh berbuat begini.

“Diharapkan kerajaan dan pihak berwajib mengambil tindakan kerana bimbang mereka akan cakap tempat ini dimiliki oleh mereka,” jelasnya.

Belum ada sebarang kenyataan daripada kerajaan negeri berhubung dakwaan tular tersebut setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram