PRU15: Tun M sedih 'orang lama' Umno kena gugur


  • Politics
  • Rabu, 02 Nov 2022

Tun Mahathir ketika berucap dalam majlis pengumuman calon GTA untuk PRU15. — Facebook

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kecewa dengan pengguguran beberapa 'orang lama' Umno dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Mahathir yang juga pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) berkata, apa yang berlaku itu menunjukkan bahawa mereka yang digugurkan bukan pilihan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

WhatsApp Image 2022-10-26 at 10.31.00 PM

"Memang sedih bila lihat orang lama dalam Umno seperti Datuk Seri Shahidan Kassim, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan.

"Mereka diganti pula dengan orang yang tidak dikenali. Saya rasa mereka ini digugurkan kerana bukan orang Presiden Umno," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pengumuman calon GTA pada PRU15 yang disiarkan secara langsung di Facebook pada Rabu.

Sementara itu, GTA juga mengumumkan akan bertanding di 121 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Kita akan bertanding 121 Parlimen dan perlu 111 kerusi untuk kemenangan.

"Mungkin kita tidak dapat semua kerusi tapi saya yakin kita boleh menang," katanya.

Antara yang akan bertanding dalam PRU15 mewakili GTA adalah Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali (Rantau Panjang) dan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram