GERAKAN Tanah Air (GTA) menampilkan muka popular dan orang lama politik sebagai calon bagi Gerakan Tanah Air bagi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU15).
Pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri serta pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, diumumkan sebagai calon bagi Gerakan Tanah Air (GTA) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ahmad Idham dan Eizlan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Gagasan Bangsa masing-masing akan bertanding di Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Di Parlimen Port Dickson, Ahmad Idham akan berdepan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai calon Pakatan Harapan (PH) dan Datuk P. Kamalanathan dari BN.
Sementara itu, pelakon yang juga Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando dipertaruhkan di Tanjung Karang.
Kesemua nama mereka diumumkan Pengerusi Gerakan Tanah Air, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam majlis yang disiarkan secara langsung di Facebook.
Dalam pada itu, turut bertanding adalah Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali di Parlimen Rantau Panjang dan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di Parlimen Jerlun.
Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya diletakkan di Parlimen Sungai Petani. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram