BN guna strategi PRN, pembangkang harap perpecahan undi


  • Politik
  • Isnin, 31 Okt 2022

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BAHANG penamaan calon Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) yang akan diadakan pada 5 November depan sudah mula terasa.

Kibaran bendera parti politik juga nampak sudah memenuhi jalan raya dan kubu kuat politik masing-masing.

WhatsApp Image 2022-10-26 at 10.31.00 PM

Walaupun PRU15 akan diadakan pada 19 November, tetapi strategi untuk memancing undi sudah berjalan lama.

Malah, penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, berdasarkan Pilihan raya negeri (PRN) yang diadakan sebelum ini, sudah nampak strategi apa yang dirancang kerajaan dan pembangkang.

Berikut, Majoriti senaraikan tiga strategi yang digunakan BN dan pembangkang berdasarkan perkongsian daripada Mujibu:

Barisan Nasional flags with opposition put up atFelda Trolak Utara. FAIHAN GHANI/The Star.

Barisan Nasional mengharapkan keputusan PRU15 berpihak kepada mereka sama seperti di PRN sebelum ini.

Taktikal undi nomad

Ramai yang melihat pembangkang melakukan strategi 'calon nomad' apabila ahli parti mereka berpindah ke tempat baharu dan tidak kekal di kawasan lama.

Namun, perkara sama juga dilakukan BN tanpa disedari. Tetapi fokus mereka berbeza. BN hanya menukar calon mereka ke lokasi baharu yang memang mempunyai potensi untuk menang.

Matlamat BN adalah untuk mengekalkan kerusi sedia ada atau menambah kerusi. Jika tempat itu memang peluang tipis atau keputusan 50/50 untuk menang, parti itu tidak akan meletakkan calon nomad.

Undi rendah

BN juga nampaknya menggunakan keputusan PRN sebelum ini sebagai cara untuk mereka merancang strategi dalam PRU15.

Parti itu berharap akan berlaku perpecahan undi dalam kalangan parti pembangkang dan ini akan memberi kelebihan kepada BN.

Faktor lain undi rendah seperti hujan dan banjir juga menjadi strategi untuk BN meraih kemenangan kerana di dalam PRN sebelum ini, parti itu menang ketika peratusan keluar undi yang dicatatkan rendah.

Ini akan memberi kelebihan kepada BN yang mempunyai kekuatan akar umbi.

Kekuatan akar umbi

BN mempunyai akar umbi yang sangat kuat dan ini menjadi sebahagian daripada strategi mereka untuk menang PRU15.

Apabila keputusan mengundi terlalu rendah, akar umbi ini yang akan menentukan keputusan kerana mereka akan turun mengundi walau apa keadaan sekalipun.

Sedangkan pembangkang tidak mempunyai akar umbi yang kuat dan memerlukan jumlah turun mengundi ramai.

ORT DICKSON, 6 Okt -- Bendera Pakatan Harapan dipasang ketika tinjauan di Kampung Nelayan, Teluk Kemang hari ini.
Bahang Pilihan Raya Kecil P.132 Port Dickson semakin terasa apabila tarikh pengundian awal pada 9 Oktober dan hari pengundian pada 13 Oktober ini.
--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA


PH akan guna isu untuk menarik perhatian pengundi atas pagar.

Tak mahu pilihan raya serentak

Keputusan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri jajahan mereka membuktikan itu adalah satu daripada strategi untuk berdepan PRU15.

PH memang tidak mahu PRU dilakukan serentak di negeri mereka kerana mahu memberi fokus semasa PRU15.

Mereka mahu fokus mendapatkan kerusi di negeri yang bukan di bawah jajahan mereka sebelum ini.

Undi 3 penjuru

Selain daripada tidak membubarkan DUN serentak, PH juga mengharapkan keputusan undi berpecah apatah lagi PRU15 kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Jumlah undi akan berpecah dan ini akan memberi kelebihan juga kepada PH untuk meraih undi sebanyak mungkin.

Cuma, PH perlu memikirkan kaedah yang terbaik untuk membawa keluar pengundi untuk menyokong mereka dalam PRU15.

Buat isu untuk pengundi atas pagar

Apa yang dilakukan PH sekarang adalah untuk membuat satu isu yang boleh menarik pengundi atas pagar.

Jumlah pengundi atas pagar sebenarnya agak ramai dan PH cuma perlu memainkan isu untuk menarik perhatian mereka.

Sekarang pun memang nampak yang ada beberapa isu sengaja dibangkitkan PH untuk memancing sokongan pengungi atas pagar.

Apa sekalipun, strategi ini mungkin akan bertukar terutamanya selepas kesemua parti selesai menamakan calon mereka pada 5 November depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram