SEORANG pemancing dikejutkan dengan penemuan mayat hampir reput di Sungai Melana, Perling, Skudai, Johor Bahru, Johor.
Penemuan mayat yang tidak diketahui jantina dan identitinya itu dikongsikan melalui satu rakaman video tular menerusi akaun TikTok Encik. Matt pada petang Ahad.
"Penemuan mayat reput di Sungai Melana. Bertarikh 30 Oktober 2022," tulisnya.
Video tersebut memaparkan mayat tersebut dijumpai terapung di tepi sungai berkenaan.
Turut kedengaran suara perakam meminta bantuan daripada pihak Skim Rondaan Sukarela (SRS).
"Assalamualaikum team SRS, team SRS minta bantuan, ada mayat di dalam air. Ada mayat di dalam air terapung, mayat hampir reput.
"Wallahualam, bangsa tidak pasti pasti. Mayat hampir reput. Mayat di Sungai Melana, berdekatan jambatan," katanya.
Difahamkan mayat dijumpai pemancing di tempat kejadian pada awal petang Ahad menerusi info yang dikongsikan oleh pemilik akaun berkenaan.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa. —Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram