Ahli perniagaan keluar Putra, bertanding tiket bebas di Sungai Buloh


  • Politik
  • Sabtu, 29 Okt 2022

Pada PRU14, Syed Abdul Razak bertanding di kerusi DUN Bukit Lanjan atas tiket Gerakan, namun beliau tewas di tangan calon PKR.

BEKAS ahli Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff akan mengumumkan dirinya sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh di Selangor.

Syed Abdul Razak, 62, yang juga ahli perniagaan berharap untuk bertanding menggunakan logo utama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Politik Malaysia ketika ini sedang menuju ke arah lebih baik. Saya menawarkan diri saya sebagai calon Ahli Parlimen, yang mana pengundi akan menjadi bos saya.

"Memang tugas seorang Ahli Parlimen untuk memperdebatkan undang-undang yang bermanfaat untuk rakyat," tambahnya.

Pada PRU14, Syed Abdul Razak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan atas tiket Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Namun, beliau tewas di tangan Elizabeth Wong dari PKR dengan majoriti 40,233 undi.

Bapa kepada dua anak itu kemudian menyertai Putra. Parti itu diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali dan merupakan satu daripada parti komponen Gerakan Tanah Air (GTA).

"Saya ditawarkan bertanding di Parlimen Sungai Buloh oleh Ibrahim pada tahun lalu. Putra dijanjikan lima kerusi untuk Selangor pada PRU15 termasuk Sungai Buloh.

"Namun, Pejuang memberi Sungai Buloh kepada calon lain dan menawarkan saya kawasan lain.

"Saya menghabiskan banyak masa dan usaha di sini. Jadi, saya meletak jawatan dari Putra berkuatkuasa serta-merta dan akan bertanding sebagai calon bebas," katanya pada sidang media di kediamannya di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu.

Syed Abdul Razak berkata, kefasihannya bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Kantonis dan Hokkien adalah disebabkan keturunan arwah ibunya berbangsa Cina.

Selain itu, hakikat bahawa beliau dilahirkan dan dibesarkan di Sungai Buloh akan memberi kelebihan kepadanya.

Menurutnya, Sungai Buloh mempunyai kira-kira 158,000 pengundi dan 68 peratus daripadanya adalah kaum Melayu.

Kawasan Parlimen itu dijangka menyaksikan sekurang-kurangnya pertarungan lima penjuru.

Sekiranya dipilih, beliau berhasrat mengadakan program tebatan banjir di kawasan seperti Kampung Kubu Gajah, selain menyelesaikan urusan tanah di Kampung Baru Sungai Buloh.

"Saya juga berhasrat merombak Kementerian Pendidikan supaya sistem pendidikan seperti sukatan pelajaran dan guru dilahirkan adalah berteraskan kualiti dan bukannya kuantiti.

"Selain itu, saya juga mahu menubuhkan Perisai Amal Sungai Buloh, yakni dana kecemasan yang diilhamkan oleh sistem Parlimen United Kingdom (UK).

"Dana ini akan diaudit dan boleh ditolak cukai, yang mana ia akan menyalurkan sumbangan wang bagi tujuan kebajikan kepada mangsa banjir, kebakaran atau kecemasan lain.

Syed Abdul Razak menambah bahawa, beliau akan mengumumkan manifesto dan strategi kempennya selepas Hari Penamaan Calon pada 5 November ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram