Warga emas maut dihempap jentolak di Tenom


  • 112
  • Jumaat, 28 Okt 2022

Warga emas tersebut maut di tempat kejadian.

SEORANG lelaki maut selepas dihempap jentolak daerah Tenom, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Mangsa yang berusia 60 tahun, pada waktu kejadian gagal mengawal jentolak miliknya ketika melakukan kerja-kerja mengangkut tanah di Kampung Tuan pada pukul 10 pagi pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 10.12 pagi dan seramai tujuh anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa masih terperangkap di tempat duduk pemandu di dalam jentolak berkenaan.

“Paramedik mengesahkan lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.

Tambahnya lagi, operasi ditamatkan pada 11.49 pagi. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Maut, Tenom, Sabah, Bomba, Dihempap jentolak,