KESEMUA 30 kru filem yang terperangkap di Gua Tempurung, Kampar, Perak selepas pintu masuk gua itu dinaiki air berjaya diselamatkan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, kesemua 30 mangsa berjaya keluar dari gua itu pada pukul 5.45 petang Rabu.
Mangsa yang sedang membuat penggambaran di dalam gua itu terperangkap di bahagian belakang gua selepas pintu masuk itu dinaiki air.
“Semua tidak cedera. Anggota penyelamat membawa keluar 10 orang terlebih dahulu dan selebihnya dibawa keluar oleh kru produksi mereka sendiri.
“Operasi tamat kira-kira pukul 6.50 petang,” katanya lagi. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram