Helikopter bawa staf KKM terhempas di Cameron Highlands


  • 112
  • Rabu, 26 Okt 2022

Pihak PDRM dan JBPM dilaporkan telah digerakkan ke lokasi kejadian di Cameron Highlands. — JBPM

SEBUAH helikopter yang dinaiki enam orang dipercayai terhempas di Cameron Highlands, Pahang pada Rabu.

Sebuah helikopter dengan enam orang di dalamnya dipercayai terhempas di Cameron Highlands, dengan tiga mangsa dipercayai cedera parah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Azmi Osman berkata, mereka yang berada di dalam pesawat itu terdiri daripada seorang juruterbang dan lima orang, dipercayai kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM).

"STORM (Pasukan Operasi Taktikal Khas dan Menyelamat) kami sedang dalam perjalanan, dan kami tidak pasti keadaan mereka yang berada di dalam helikopter itu," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, memetik laporan Bernama, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan kejadian itu.

"Itu yang kami terima setakat ini. Kesemuanya selamat,” katanya ringkas.

Insiden yang berlaku pada pukul 1.15 tengah hari ketika pesawat milik swasta itu dipercayai dinaiki seorang doktor dan empat pegawai perubatan dalam perjalanan dari Lojing, Cameron Highlands ke Ipoh.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga penumpang cedera ringan dan tiga lagi cedera parah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram