[VIDEO] Macam shooting drama, wanita berkaki ayam bergaduh dengan teman lelaki tepi jalan di JB


  • Tular
  • Selasa, 25 Okt 2022

Tangkap layar pasangan bertengkar di tepi jalan mengundang perhatian pengguna jalan raya di Johor Bahru pada Selasa.

PASANGAN lelaki dan wanita mencuri tumpuan pemandu apabila kedua-dua kelihatan seperti sedang bertengkar di tepi jalan di Johor Bahru, Johor.

Kejadian tersebut dirakam oleh seorang pengguna jalan raya dan memuat naik ke media sosial, TikTok itu dipercayai berlaku pada Selasa.

Menjadi lebih menarik apabila kejadian itu berlaku seperti sedang menonton babak drama memandangkan kenderaan sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Berdasarkan rakaman, ketika kejadian wanita berkenaan memakai baju berwarna hitam bersama seluar putih dan berkaki ayam.

Kedua-dua bertengkar berhampiran dengan sebuah papan tanda jalan yang memaparkan laluan ke Pusat Bandaraya, Woodlands, Bangunan Sultan Iskandar dan Pasir Gudang.

Lelaki itu dilihat beberapa kali menolak bahu wanita berkenaan sambil membuat gaya seperti mengarahkannya pergi.

Rakaman lelaki dan wanita bertengkar di tepi jalan mengundang perhatian ramai.

Pada masa sama, wanita itu kelihatan seperti cuba untuk mencapai sesuatu objek daripada tangan lelaki berkenaan yang tidak dapat dikenal pasti.

Setelah beberapa ketika mereka kelihatan bertengkar, wanita itu kemudiannya melarikan diri dan dikejar oleh lelaki terbabit.

Tidak jauh dari lokasi mereka bertengkar, pasangan itu kembali menyambung 'babak' seterusnya di tepi jalan.

Dalam rakaman tersebut, wanita itu kelihatan seperti ditolak sehingga mengakibatkan dia terduduk di pembahagi jalan.

Bagaimanapun, kesudahan pertengkaran mereka itut tidak diketahui memandangkan individu yang merakam kejadian tersebut sudah meninggalkan lokasi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram