Diintai 'influencer' dan peguam, 3 penyebab Parlimen Batu jadi 'panas'


  • Politik
  • Khamis, 27 Okt 2022

Parlimen Batu bakal menjadi 'hotspot' PRU15 selepas menjadi tumpuan beberapa pempengaruh. — Gambar hiasan

PARLIMEN Batu antara dijangka menjadi kerusi panas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), berikutan beberapa calon 'terkemuka' menzahirkan hasrat untuk bertanding di sana.

Meskipun penamaan calon belum diumumkan, namun pilihan raya kali ini sudah pasti memberi kelainan, apabila beberapa individu yang bakal bertanding bukan berlatar belakangkan dunia politik.

Ini termasuk pempengaruh media sosial, Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih dikenali Cleopatra.

Selain itu, peguam dan aktivis hak asasi manusia, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim turut meluahkan hasrat sama.

Screenshot 2022-10-26 221832

Bukan itu sahaja, calon Barisan Nasional (BN), Arabatah Ali Arul Alavudeen juga mengambil peluang bertanding di kawasan Parlimen tersebut.

Malah, Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang atau Tian Chua juga dikatakan akan kembali semula ke Parlimen itu selepas tidak bertanding pada PRU14.

Parliament Batu office will provide 2 units of motor water pumps to the volunteers. Flood is becoming a serious issue in Batu constituency especially along Jalan Ipoh. This is due to the MRT project,

Prabakaran memenangi kerusi Parlimen Batu ketika beliau berusia 22 tahun.

Penyandang Parlimen Batu, P Prabakaran turut tidak akan berdiam diri, apabila dijangka turun mempertahankan kerusi itu pada PRU15 di bawah PKR.

Sekiranya hasrat kelima-lima individu itu menjadi realiti, sudah tentu Parlimen Batu menjadi kawasan panas atau 'hotspot' menerusi saingan empat penjuru atau lebih.

Namun, apa yang menjadi persoalan segelintir pengundi adalah alasan Parlimen Batu menjadi pilihan calon baharu, sedangkan banyak lagi kawasan yang boleh direbutkan pada PRU15.

1) Pempengaruh anggap sudah dekat di hati rakyat

1788558

Cleopatra meluahkan hasrat bertanding di Parlimen Batu pada PRU15.

Tampil mengulas, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, Siti Kasim dan Cleopatra masing-masing sudah pun mempunyai nama dan pengaruh, yang semestinya dikenali ramai.

Dengan faktor tersebut, penganalisis politik itu berkata, mereka mungkin menganggap bahawa mereka sudah berada dekat di hati rakyat dan pengundi di Parlimen Batu.

Sedangkan, katanya, sedangkan populariti di alam maya bukan bermakna seseorang itu akan diterima secara realiti.

"Saya percaya, para pengundi masih lagi melihat keupayaan seseorang itu untuk menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut, tentang bagaimana mereka dapat membantu permasalahan rakyat atau pengundi. Ia bukan semata-mata nama seseorang itu dikenali di alam maya dan sebagainya," katanya kepada Majoriti.

2) Kawasan pendatang baharu

A social activist/lawyer Siti Zabedah Kasim react at Duta Court, Kuala Lumpur at decision day for transgender raid case. FAIHAN GHANI/The Star.

Siti Kasim antara pendatang baharu pada PRU15.

Selain itu, Jeniri Amir berkata, PRU15 juga dianggap membuka peluang kepada pendatang baharu seperti Cleopatra dan Siti Kasim merebut tempat di Parlimen Batu.

Ini sama seperti berlaku kepada Prabakaran yang menawan Parlimen itu pada 2018 ketika beliau hanya berusia 22 tahun.

Sedangkan, jelasnya, kemenangan Prabakaran ketika itu disebabkan oleh Tian Chua yang bermasalah dari segi pendaftaran, undi dan kelayakan.

"Oleh kerana PKR tiada calon ketika itu, maka Prabakaran diberi sokongan oleh PKR untuk memastikan kerusi itu tidak dimenangi oleh calon BN.

"Tetapi, harus diingat bahawa situasi sekarang tidak sama dengan keadaan pada 2018 yang mana ketika itu, isu 1 Malaysian Development Berhad (1MDB), Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor begitu menggelegak dalam kalangan rakyat.

"Jadi, mereka boleh mencuba nasib di situ. Pengundi di situ sama ada memilih mereka atau calon yang ditampilkan oleh parti," katanya.

3) Kawasan bandar

5EF77FE1-1BE4-4886-BD32-254365936AA0

Parlimen Batu mempunyai seramai 112,000 pengundi, selepas diambil kira pengundi 18 tahun dan pendaftaran secara automatik.

Pada masa sama, Jeniri Amir percaya bahawa tanpa platform yang mantap dan kreatif, agak sukar untuk calon memastikan kemenangan mereka di kawasan yang ditandingi.

Hal ini kerana, katanya, calon yang ditampilkan perlulah mempunyai kelebihan dan keupayaan untuk bergerak, dengan sokongan rangkaian luas termasuk daripada badan bukan kerajaan (NGO).

Lantaran itu, beliau tidak menolak kemungkinan Parlimen Batu menjadi rebutan kerana calon-calon lebih mudah bergerak disebabkan ia terletak di kawasan bandar iaitu Kuala Lumpur.

"Dan mereka dapat berkempen melalui alam maya, media sosial dan sebagainya walaupun hakikatnya mereka masih perlu bersemuka dengan golongan tertentu untuk menambat hati.

"Batu tidak lagi menjadi kubu kuat BN, jadi maksudnya sesiapa pun boleh menang di kawasan itu kerana sikap pengundinya lebih terbuka dan praktikal, serta tidak terikat dengan parti tertentu," jelasnya.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Batu dimenangi calon Bebas yang disokong PKR, Prabakaran dengan majoriti 24,438 undi.

Beliau menang dalam saingan empat penjuru menewaskan Dr Dominic Lau Hoe Chai dari Barisan Nasional (BN), calon PAS, Azhar Yahya dan seorang lagi calon Bebas, Datuk VM Panjamothy.

Dianggarkan, Parlimen Batu mempunyai seramai 112,000 pengundi, selepas diambil kira pengundi 18 tahun dan pendaftaran secara automatik.

Pecahan undi mengikut kaum di kawasan itu ialah Melayu sebanyak 43 peratus, Cina (30 peratus), India (20 peratus) dan lain-lain, tujuh peratus.

Untuk rekod, tarikh penamaan calon PRU15 ialah pada 5 November, tempoh berkempen pula adalah selama 14 hari dan berakhir pada hari mengundi, 19 November. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram