Dakwaan seleweng, KPM sedia disiasat SPRM


  • Primer
  • Selasa, 18 Okt 2022

Radzi terbuka dan bersedia disiasat SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dalam KPM.

MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin terbuka untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat jika wujud penyelewengan dalam Kementerian Pendidikan.

Katanya, sepanjang tempoh memegang jawatan itu sejak 2020, beliau mengamalkan pengurusan yang telus amanah rakyat.

“Apabila dimaklumkan tentang perkara itu saya terus meminta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof untuk memanggil SPRM.

“Saya terbuka dalam menjalankan tugas. Boleh siasat jika ingin mengetahuinya sama ada betul atau tidak.

majoriti2022 (6)

Tangkap layar video Zaharin mendakwa wujud penyelewengan dalam KPM.

“Sepanjang bertugas saya akan cuba untuk memulangkan semula apa yang sudah diberikan kepada rakyat. Setiap sen duit rakyat itu akan diberikan semula kepada mereka,” katanya ketika sidang media Majlis Pelancaran Inisiatif Reading Progress Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di Shah Alam, Selangor pada Selasa.

Reaksi itu diberikan selepas wujud dakwaan oleh seorang individu, Datuk Zaharin Yassin yang mendakwa KPM terlibat dalam penyelewengan berkaitan Surat Setuju Terima (SST) bagi kontrak berkaitan bekalan makanan bermasak dan kebersihan bangunan serta kawasan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram