
Pemandangan laut yang menawan dan langit cerah di Lanting Beach Resort di Pulau Pemangkal, Mersing.
SEBAHAGIAN pemilik pusat peranginan di pulau-pulau di Mersing, Johor mengurangkan aktiviti di pusat peranginan mereka sementara menunggu masa untuk menutup operasi atas faktor cuaca tidak menentu.
Pemilik Chalet Mak Su, Norashimah Sharom berkata, jumlah pengunjung ke Pulau Tinggi mula berkurangan berikutan hujan kerap turun belakangan ini.