GARA-gara rupa dan bentuk fizikal sebenar tidak seperti di dalam foto, seorang pekerja seks berusia 18 tahun dibunuh kejam oleh pelanggannya yang kecewa ditipu mangsa.
Mangsa pembunuhan dan pencurian di sebuah hotel di Jakarta, Indonesia itu terlibat menyediakan khidmat layanan diri di aplikasi Michat.
Pelanggan berusia 23 tahun yang dikenali dengan initial HR itu bertindak memukul mangsa sebelum menjerut lehernya dengan tali tilam hotel dan kemudian memukul mangsa sampai mati.
Selepas membunuh mangsa, tertuduh turut mencuri barangan berharga milik mangsa seperti rantai leher, cincin, dan kad pengenalan (KTP) yang disyaki untuk dijual.
Ketua Polis Pusat Peranginan Metro Jakarta Pusat (Polres), Kom Komarudin berkata, suspek ditangkap ketika sedang melarikan diri di Stesen Kereta Api Listrik (KRL) Palmerah.
"HR kesal dengan mangsa kerana keadaan fizikal mangsa tidak sama seperti yang dipaparkan dalam aplikasi Michat. Selain itu, layanan yang diberikan juga dikatakan tidak sesuai.
"Oleh kerana terlalu marah, HR memukul dan menjerat leher mangsa sehingga mati. Kejadian dianggarkan berlaku pada jam 12 tengah hari (waktu tempatan).
"Pekerja hotel curiga apabila penghuni bilik terbabit masih belum mendaftar keluar walaupun masa untuk menginap sudah tamat.
"Empat jam selepas kejadian, kami berhasil menangkap pelaku di sebuah stesen di Palmerah,” katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram