Dua wanita warga asing dakwa culik budak di Genting Highlands sudah kena cekup


  • 112
  • Khamis, 22 Sep 2022

Seorang kanak-kanak hampir jadi mangsa culik dua wanita warga asing di Genting Highland, Pahang. — Gambar Hiasan

POLIS menahan dua wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands, Pahang yang tular di aplikasi Tik Tok baru-baru ini.

Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar menerusi kenyataan pada Khamis berkata, suspek berusia 42 dan 50 tahun itu ditahan pada 11.30 pagi Khamis, dua hari selepas bapa mangsa yang merupakan warga tempatan membuat laporan polis berhubung kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan culik yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Pada Isnin, video berdurasi seminit 20 saat tular dari akaun Tik Tok milik @alfitry_azimi52, mendakwa seorang kanak-kanak hampir menjadi mangsa culik di pusat peranginan itu, yang turut dimuat naik di akaun Facebook Daily Traffic Report. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram