Tidak patuh arahan majikan untuk layan nafsu pelanggan, ‘receptionist’ maut dibunuh


  • Benua
  • Ahad, 25 Sep 2022

Anggota perubatan dan polis masih melakukan siasatan bagi mengetahui punca kematian mangsa. — Agensi

HASRAT murni seorang remaja yang bekerja di sebuah pusat peranginan demi membantu keluarga berakhir tragedi apabila dia ditemui mati dibunuh selepas dilaporkan hilang sejak Isnin.

Mangsa, Ankita Bhandari, 19, bertugas sebagai penyambut tetamu di sebuah pusat peranginan atau resort di Uttarakhand, India yang difahamkan milik Pulkit Arya, anak kepada ahli politik Haridwar Vinod Arya.

Mayat mangsa ditemui polis pada Sabtu di sebuah terusan berhampiran kawasan resort.

Berdasarkan kenyataan rakan mangsa, punca kematian Ankita dikatakan kerana dia menolak untuk melakukan hubungan seks dengan salah seorang pelanggan resort.

Rakaman yang menunjukkan satu perarakan dilakukan bagi menuntut keadaan ke atas kematian mangsa.

Anikita kemudian sempat menghubungi rakannya dan menceritakan kejadian tersebut pada malam dia dilaporkan hilang.

Hasil maklumat polis berjaya menahan tiga orang lelaki, namun siasatan lanjut masih dilakukan.

Kejadian itu sekali gus menyebabkan rusuhan di sekitar resort dan menggesa agar pihak polis mengambil tindakan segera terhadap jenayah seks yang semakin berleluasa di India. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram