ANAK bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mempersoalkan mengapa bapanya dilarang berkempen ketika sedang menjalani hukuman penjara.
Menurut Nooryana atau lebih dikenali dengan nama Yana Najib, bapanya tidak dibenarkan berkempen sedangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh berbuat demikian ketika dipenjarakan.
Tangkap layar status yang dimuat naik Yana di akaun Instagram miliknya.
"Kenapa Anwar boleh tapi Najib tak boleh? Adakah sebab namanya Najib?" soal Yana dalam hantaran Instagram miliknya pada Khamis.
Selain persoalan itu, turut disertakan Yana dalam hantaran itu adalah tangkap layar laporan Mstar pada 5 Mei 2015 berkaitan Anwar.
Menerusi laporan itu, Anwar yang ketika itu menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh turut berkempen untuk isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
Sebelum ini, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim berkata, tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan banduan yang menjalani hukuman penjara.
Jelasnya, arahan itu turut dikenakan kepada Najib terutamanya ketika negara bakal mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 pada November depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram