Poster PM umum bubar Parlimen tidak benar, tapi ada perutusan khas


  • Massa
  • Isnin, 10 Okt 2022

Poster sidang khas pembubaran Parlimen yang tersebar pada Isnin.

KHABAR angin bahawa Parlimen akan dibubarkan pada Isnin semakin bertiup kencang sehingga tersebar poster yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan sidang khas sempena pembubaran Parlimen.

Namun, menurut sumber Pejabat Perdana Menteri, poster itu bagaimanapun disahkan palsu dan tidak benar.

"Itu tidak benar dan palsu," kata sumber itu.

Bagaimanapun, Ismail Sabri memuat naik satu poster baharu yang mengatakan satu perutusan khas akan dibuat pada pukul 3 petang Isnin.

298113790_666705951470731_5257037401025259937_n

Poster Perutusan Khas oleh Perdana Menteri yang akan berlangsung pada hari ini.

Poster itu bagaimanapun tidak menyatakan tentang pembubaran Parlimen seperti poster yang tersebar sebelumnya.

Terdahulu, Perdana Menteri dijangka mengumumkan pembubaran Parlimen dalam tempoh 48 jam setelah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada petang Ahad.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memberi petunjuk akan ada pengumuman penting dibuat kerajaan pada Isnin kemungkinan melibatkan pembubaran Parlimen.

Beliau juga mengesahkan bahawa Perdana Menteri sudah mempersembahkan cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram