Sudah langgar 'double line', Proton Satria rempuh motosikal di persimpangan


  • Tular
  • Khamis, 20 Okt 2022

Tangkap layar Proton Satria merempuh sebuah motosikal dari arah bertentangan.

SIKAP terburu-buru seorang pemandu kereta jenis Proton Satria menyebabkan kecederaan terhadap pengguna jalan raya lain apabila merempuh seorang penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kampung Batu, Kuala Lumpur pada Khamis.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi itu dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang mengekorinya.

Dalam rakaman tersebut, kereta Satria berwarna kuning itu dilihat memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar sebelum tiba di persimpangan lampu isyarat.

Setibanya di persimpangan, kenderaan terbabit membelok ke kanan lalu merempuh sebuah motosikal.

Penunggang motosikal itu juga dilihat cuba mengelak kenderaan berkenaan, namun gagal.

Rakaman video menunjukkan Proton Satria merempuh sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat.

Melihat kepada rakaman, lampu isyarat terus (hijau) dari laluan kereta Satria itu menyala manakala lampu isyarat membelok ke kanan tidak menyala.

Disebabkan perkara itu, pemandu kenderaan berkemungkinan terbabit tidak menyedari bahawa dia perlu memberhentikan kenderaan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tahap kecederaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram