Didakwa cetus provokasi, pemimpin akar umbi parti ditahan polis


  • 112
  • Sabtu, 15 Okt 2022

Seorang ahli politik dibebaskan pada Sabtu selepas ditahan semalam kerana dipercayai terlibat dengan provokasi dan menghalang tugas polis.

SEORANG pemimpin peringkat akar umbi sebuah parti politik ditahan kerana disyaki melakukan provokasi dan menghalang tugas anggota polis di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung tindakannya memberikan ucapan awam menggunakan pembesar suara dan menghalang lalu lintas kira-kira 5.45 petang.

Beliau berkata polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati lelaki terbabit sedang memegang sebatang kayu yang diikat bersama bendera parti politik dan berkempen berhubung Pilihan Raya Umum ke-15.

"Kita menasihati individu tersebut untuk beredar tetapi dia enggan dan bertindak melakukan provokasi. Dia bagaimanapun dibebaskan pada Sabtu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas serta Seksyen 283 Kanun Keseksaan kerana membuat halangan di jalan awam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram