[VIDEO] Penunggang superbike kurang ajar, terajang 2 budak motor sampai jatuh tersungkur


  • Tular
  • Selasa, 11 Okt 2022

Tangkap layar video kedua-dua mangsa dan suspek dipercayai berbalah antara satu sama lain semasa menunggang motosikal.

TULAR sebuah video dua orang penunggang motosikal terlibat dalam insiden kemalangan gara-gara ditendang penunggang motosikal berkuasa tinggi dipercayai berlaku di Pahang pada Selasa.

Berdasarkan video yang dikongsikan oleh @Malaysiavirall di Twitter, kelihatan mangsa dan suspek dipercayai berbalah antara satu sama lain semasa menunggang motosikal.

Ketika kejadian, pertengkaran tersebut berlaku selama 15 saat sebelum dua orang penunggang motosikal terbabit jatuh akibat ditendang oleh suspek.

Suspek kemudiannya memecut laju motosikalnya dan membiarkan dua orang mangsa jatuh dan menyelamatkan diri daripada dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang.

Difahamkan kejadian berlaku di Jalan Kuantan - Pekan, Pahang.

Menerusi tinjauan Majoriti di ruangan komen kelihatan rata-rata orang ramai berang dengan tindakan suspek yang menendang kedua-dua mangsa sampai terjatuh.

"Dia tak ada hak nak terajang orang macam itu, kalau mati macam mana?" jelas @Anne_nma.

"Jangan risau, nanti dia mesti kena balik itu," ujar @Afifuddenn.

"Tak perlu nak terajang sampai jatuh, paling-paling tidak pun tepuk helmet diorang sahaja," kata @NajmiMiglia.

Punca sebenar kejadian masih tidak diketahui. Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram