DAP P. Pinang adakan mesyuarat petang ini tentukan pembubaran DUN


  • Politik
  • Isnin, 10 Okt 2022

Pengerusinya Chow Kon Yeow berkata antara isu yang akan diteliti adalah sama ada DUN akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen. — Gambar Bernama

JAWATANKUASA DAP Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat pada Isnin bagi menentukan tindakan yang boleh diambil oleh jawatankuasa DAP negeri susulan pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Isnin petang.

Menurut Pengerusinya Chow Kon Yeow, antara isu yang akan diteliti pada petang Isnin adalah sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen, menimbang keputusan sebelum ini untuk tidak menganjurkan pilihan raya semasa musim hujan, dan membincangkan isu calon di peringkat parlimen.

''Memandangkan pelbagai gerak geri (kelihatan) sejak minggu lepas serta makluman di media sosial, ia menunjukkan hari ini (bubar Parlimen) akan sampai juga,'' katanya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

PRN15, Bubar Parlimen, DUN, DAP, Pulau Pinang,