Bajet 2023 untuk seluruh Keluarga Malaysia, M40 turut merasa — PM


  • Primer
  • Jumaat, 07 Okt 2022

Ismail Sabri (kanan) bersama Tengku Zafrul selepas pembentangan Bajet 2023 selesai di Parlimen pada Jumaat.

PERDANA Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengakui Bajet 2023 yang dibentangkan di Parlimen pada Jumaat mengakui semua lapisan rakyat.

Menurut Ismail Sabri, bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembentangan itu juga bersesuaian dengan tema Keluarga Malaysia Makmur Bersama.

"Bajet yang mencakupi semua. Bukan sahaja kumpulan tertentu. Selama ini ramai yang menganggap golongan M40 ditinggalkan dalam bajet. Tetapi tahun ini banyak mellibatkan golongan itu.

"Begitu juga dengan golongan belia dan wanita. Bukan sahaja kebajikan mereka, tetapi juga perniagaan dan sebagainya," katanya ketika ditemui selepas pembentangan Bajet 2023.

Bajet 2023 menyediakan peruntukan terbesar dalam sejarah berjumlah RM372.3 bilion atau 20.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pembentangan bajet 2023 tahun ini juga kekal mengutamakan pendidikan sebagai segmen terpenting perbelanjaan negara dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus menerima peruntukan terbesar iaitu sejumlah RM55.6 bilion. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram