'Itu pun tak boleh faham ke?' TMJ tegur 'admin page' penyokong Kedah


  • Podium
  • Jumaat, 07 Okt 2022

Perbalahan Sanusi (kiri) dan TMJ di media sosial sering dinanti-nantikan penyokong kedua-dua pasukan.

PERBALAHAN di antara Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sering mewarnai ruang media sosial.

Ini membuatkan penyokong bola sepak tanah air seakan-akan 'mengalu-alukan' reaksi balas di antara kedua-dua pihak tersebut yang dianggap sebagai hiburan harian.

Namun, perkara itu mendapat perhatian TMJ yang mengambil kesempatan untuk menegur pengendali laman Instagram penyokong Kedah FC, Hijau Kuning yang menyindir tindakan baginda meminta pemilik Kedah Darul Aman (KDA), Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menegur sikap Menteri Besar Kedah itu.

Pemilik laman Hijau Kuning memuat naik tangkap layar komen yang dititip TMJ pada Instagram Mohd Daud dengan kapsyen: "Hahaha sampai minta tolong pemilik kelab" beserta emoji ketawa.

Menerusi bahagian komen laman tersebut, TMJ menegaskan bahawa tindakan admin tersebut bercanggah dengan pesanan yang dititip baginda iaitu tidak mengganggu kesejahteraan rakyat.

Tangkap layar perbualan antara TMJ dan admin page tersebut.

"Tak nampak ke ayat jangan memecah belahkan antara penyokong, Melayu dan Islam? Kalau betul ada masalah dengan saya, itu antara dia dengan saya. Tak payah heret rakyat yang boleh melibatkan perpecahan atau pergaduhan. Itu pun tak boleh faham ke?", katanya.

Pemilik laman Instagram tersebut membalas: "Ampun Tuanku, Faham Tunku, Saya sokong 100 peratus apa yang Tunku suarakan. Kami sentiasa di belakang JDT Tunku."

Terdahulu, Tunku Ismail dilihat seakan-akan 'mengadu' kepada Mohd Daud Bakar mengenai sikap Menteri Besar berkenaan yang disifatkan sebagai satu provokasi terhadap kedua-dua pasukan Kedah dan JDT.

Menurut ruang komen laman Instagram milik Mohd Daud, TMJ dilihat meminta pemilik KDA itu untuk menasihati Sanusi supaya memberhentikan perangai 'badut' yang sering dipamerkan beliau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram