'Panas', Tengku Zafrul sempat celoteh lepas umum bajet fasiliti RM18 juta untuk penjara


  • Primer
  • Jumaat, 07 Okt 2022

Najib Razak kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.

PEMBENTANGAN bajet 2023 kecoh seketika ketika Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kenaikan bajet untuk perolehan alat pengimbas dan menaik fasiliti di lima penjara.

Menurutnya, antara fasiliti yang dinaik taraf ialah penjara di Seremban, Negeri Sembilan dengan peruntukan RM18 juta.

Perkara itu membuatkan Tengku Zafrul sendiri tersenyum dan beberapa Menteri yang lain turut tersenyum.

Malah, Tengku Zafrul juga sempat berkata 'panas' sebelum mengambil masa seketika untuk meminum air.

Untuk rekod, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang, Selangor.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram