Ismail Sabri tinjau persiapan akhir Bajet 2023


  • Primer
  • Khamis, 06 Okt 2022

Ismail Sabri disambut Tengku Zafrul dan pegawai kanan kementerian ketika membuat tinjauan di Kementerian Kewangan pada Khamis. — Bernama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau persiapan penyediaan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan pada Khamis.

Beliau yang tiba di pekarangan kompleks berkenaan pada pukul 12 tengah hari, disambut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir dua timbalan menteri kewangan iaitu Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Datuk Yamani Hafez Musa.

Ismail Sabri kemudiannya bertemu dan beramah mesra dengan pegawai serta petugas Kementerian Kewangan yang terbabit dalam penyediaan Bajet 2023, sebelum meninjau ke bilik operasi penyediaan bajet.

Bajet 2023 dijadual dibentangkan oleh Tengku Zafrul di Dewan Rakyat pada 4 petang, Jumaat. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram