Bubar Parlimen selepas bentang Bajet: Tempoh paling singkat sepanjang 14 PRU


  • Massa
  • Isnin, 10 Okt 2022

Desas-desus mengatakan Parlimen akan dibubarkan sebelum pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat ini.

KEHANGATAN Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akhirnya terjawab selepas pelbagai desas-desus dan teka-teki sama ada Parlimen bakal dibubarkan sebelum atau selepas pembentangan Bajet 2023.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen sehari sebelum pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat lalu.

Namun perkara itu tidak direalisasikan dan pembentangan Bajet diteruskan, sekali gus menutup seketika spekulasi tentang pembubaran Parlimen.

Tanpa disangka, ketika Yang di-Pertuan Agong sedia berangkat ke London untuk lawatan kerja, Ismail Sabri tampil dengan 'kejutan' untuk membuat pengumuman pada Isnin (10 Oktober) tentang pembubaran Parlimen.

Beliau dalam ucapannya mengatakan sudah mendapat perkenan Agong pada sehari sebelumnya, dan mengumumkan penyerahan semula mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Bagaimanapun, pelbagai pihak tampil mengutarakan pandangan masing-masing mengenai pelaksanaan PRU15 yang dianggap boleh menyusahkan rakyat terutama jika dilangsung ketika musim tengkujuh dan banjir yang dijangka bermula pertengahan November ini.

Apa yang pasti, setiap kali PRU ia akan diadakan sama ada sebelum atau selepas pembentangan Bajet dan tempohnya tidak sekata sepanjang tempoh 14 kali PRU sebelum ini.

Screenshot 2022-10-05 at 12.21.07 PM

Ismail Sabri menghadiri perjumpaan pemimpin Ketua Bahagian dan sayap Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, pada Selasa. — Bernama

Tinjauan melibatkan tempoh pembentangan bajet dan tarikh pembubaran Parlimen sebelum ini menunjukkan jurang antara keduanya adalah berbeza-beza.

Berikut merupakan tempoh antara tarikh pembubaran Parlimen dan pembentangan bajet sepanjang 14 kali PRU berlangsung.

1) Tempoh antara tujuh ke sembilan bulan

Berikut adalah tempoh antara pembentangan Bajet dan tarikh pembubaran Parlimen yang mengambil masa selama tujuh hingga ke sembilan bulan.

PRU pertama mengambil masa selama tujuh bulan selepas pembentangan Bajet sebelum pembubaran Parlimen diumumkan pada 27 Jun 1959 dan pada ketika itu Menteri Kewangan pertama Malaysia adalah Tun H.S.Lee membentangkan Bajet pada 3 Disember 1958.

PRU kesembilan, PRU ke-11 (2004) dan PRU ke 14 (2018) turut mengambil masa selama tujuh bulan sebelum keputusan pembubaran Parlimen diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Manakala bagi tempoh lapan bulan pula menyaksikan PRU keempat (1974) yang pada ketika itu merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

PRU-13 turut mengambil tempoh selama lapan bulan yang mana ketika itu Barisan Nasional tetap dipilih sebagai parti kegemaran rakyat.

Screenshot 2022-10-05 at 12.22.08 PM

Menteri Kewangan pertama Malaysia adalah Tun H.S.Lee membentangkan bajet pada 03 Disember 1958. — Astro Awani

Tempoh selama sembilan bulan dari pembentangan Bajet dan pembubaran Parlimen adalah pada PRU kelima.

2) Tempoh antara tiga ke enam bulan

Tiga ke enam bulan mungkin kedengaran singkat untuk memutuskan pembubaran Parlimen dari tarikh pembentangan Bajet, namun pada PRU kedua, (1964), ketiga (1969), keenam (1982), PRU-12 (2008) melalui fasa tersebut.

PRU 1964 merupakan pilihan raya umum pertama selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, serta pilihan raya umum yang kedua selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Sejarah baru pada PRU 1969 merupakan kali pertama kedua-dua negeri Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak menyertai pilihan raya umum.

KUALA LUMPUR, Dec 17 -- Malaysian Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad posing for a photo during his inspection on preparations for the Kuala Lumpur Summit 2019 at the Kuala Lumpur Convention Centre on Tuesday.
The summit aims to; among others, discuss and find new solutions to problems facing the Muslim world as well as to improve the wellbeing of Muslims and Muslim countries in general.
It also aims to bring together Muslim leaders, scholars, ulama and thinkers from around the world and revive Islamic civilisation.
--fotoBERNAMA (2019) COPYRIGHTS RESERVED

PRU 1982 merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Dr Mahathir Mohammad menjadi Perdana Menteri.

3) Tempoh paling lama

Jurang paling lama adalah pada PRU 1990 yang mana pada ketika itu Bajet 1990 dibentangkan pada 27 Oktober 1989, dan Parlimen dibubarkan pada 4 Oktober 1990 tahun berikutnya.

Ia menyaksikan selama setahun dari tarikh Bajet dibentang sebelum pembubaran Parlimen diputuskan.

Pengundian pada pilihan raya 1990 berlangsung pada 21 Oktober dan ketika itu era Umno Baru bermula di bawah Tun Mahathir.

Selepas pemilihan parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) pada tahun 1987, Umno berpecah kepada dua kumpulan, iaitu Pasukan A yang diketuai oleh Dr Mahathir di bawah Umno Baru dan Pasukan B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah di bawah parti Semangat 46.

Parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam Parlimen dan mengekalkan Dr Mahathir sebagai jawatan Perdana Menteri.

4) Tempoh paling singkat

Sebelum ini jurang terpendek adalah pada 1999 apabila rancangan perbelanjaan negara untuk tahun 2000 dibentangkan pada 29 Oktober 1999 dan hanya 13 hari sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada 11 November sekali gus Bajet berkenaan tidak dapat diluluskan.

Ia adalah tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir untuk membuka laluan kepada pilihan raya 1999.

WhatsApp Image 2022-10-06 at 1.35.33 PM

Pengisytiharan Tuan Yang Di-Pertua mengenai pembubaran Parlimen pada 1999.

Memetik Suara TV, veteran DAP, Lim Kit Siang ketika 29 Oktober 1999, Parlimen dibubarkan semasa perbahasan bajet sedang berlangsung pada 10 November 1999, dan pembentangan itu tidak dapat diluluskan oleh sidang tersebut.

Bagaimanapun, rekod itu akan dipadam dengan pengumuman pembubaran Parlimen dari Ismail Sabri pada Isnin yang mana bakal diikuti rapat daripada speaker Dewan Rakyat.

Ia sekali gus menjadikan 2022 sebagai tahun dengan jurang terpendek antara pembentangan Bajet dengan tarikh pembubaran Parlimen.

Pembentangan Bajet 2023 dibentangkan pada 07 Oktober 2022 dan hanya tiga hari sebelum Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022.

Sementara itu bagi penganalisis politik, Pusat Penganalisis Keselamatan dan Politik bagi Kajian Peperangan Media dan Maklumat UiTM, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata pembubaran Parlimen harus dilakukan setelah Bajet dibentangkan dan diluluskan.

Hal ini kerana, dalam situasi politik negara yang tidak menentu, pihak kerajaan perlu memastikan keselamatan ekonomi rakyat perlu diutamakan terlebih dahulu.

"Dalam elemen ketidaktentuan global, banyak perkara-perkara yang perlu dipertingkatkan. Antara yang perlu difokuskan kerajaan ialah hubungan-hubungan agensi dan perkara bersifat mikro.

"Kerajaan juga perlu memberi tumpuan agar memastikan masyarakat bersiap-sedia dalam masalah global yang mungkin berlaku seperti nilai kejatuhan ringgit," katanya kepada Majoriti. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram