Jabatan Penjara tolak permohonan Najib Razak mahu hadir Dewan Rakyat


  • 112
  • Isnin, 03 Okt 2022

Permohonan Najib Razak mahu hadir Dewan Rakyat ditolak Jabatan Penjara.

JABATAN Penjara Malaysia menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Perkara itu dimaklumkan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Muhammad Shafee berkata, permintaan Najib untuk hadir telah ditolak oleh jabatan itu atas alasan keselamatan.

"Oleh kerana kami telah menerima penolakan itu, satu surat rayuan akan ditulis kepada Menteri Dalam Negeri," katanya.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa dalam menentukan kehadiran Najib ke Dewan Rakyat.

"Persoalannya sekarang adakah beliau boleh hadir? Itu bukan di bawah bidang kuasa saya kerana dia bukan di bawah jagaan saya. Ia di bawah jagaan penjara.

"Maka terpulang kepada pihak penjara untuk melepaskan beliau daripada penjagaan tersebut. Itu bukan kuasa saya.

"Fahaman saya kalau pihak penjara melepaskan beliau dari penjagaan, maka penjara yang akan berikan syarat pelepasan tersebut," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram