PENGANGGUR yang maut selepas motosikal ditungganginya terbabas di Lebuhraya Ketereh-Kota Bharu, Kelantan pada Rabu dipercayai berada bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Mohd Rosdi Daud berkata, hasil ujian urin mendapati mangsa positif amphetamine, phencyclidine dan ketamine.
"Kemalangan berlaku sekitar pukul 2.40 petang Rabu ketika mangsa menunggang motosikal sendirian dari arah Ketereh ke persimpangan lampu isyarat Padang Enggang, Kota Bharu melalui Lebuh Raya Ketereh.
"Tiba di kilometer 10.1, mangsa yang dipercayai berada dalam keadaan khayal gagal mengawal motosikalnya sehingga menyebabkan lelaki itu terbabas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut Mohd Rosdi lagi, mangsa berusia 39 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan di kepala. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram