[VIDEO] 'Dah macam Batman', kereta terbabas melayang di Johor Bahru


  • Tular
  • Khamis, 29 Sep 2022

Tangkap layar video kereta itu hilang kawalan dan terbang apabila melanggar pembahagi jalan.

TULAR sebuah video kemalangan melibatkan dua buah kenderaan dipercayai berlaku di Jalan Tebrau, Johor pada Rabu.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu kereta berwarna hitam hilang kawalan dan melanggar sebuah lagi kenderaan dari arah bertentangan.

Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang berada di lokasi kejadian.

Menerusi rakaman tersebut, sebuah kenderaan berwarna hitam dikatakan memandu laju sebelum terbabas ketika tiba di selekoh sehingga melanggar pembahagi jalan.

Manakala rakaman dashcam di bahagian belakang, kelihatan kereta terbabit melayang dan berlaku percikan api akibat pelanggaran tersebut.

Bagaimanapun nasib kedua-dua pemandu kenderaan tersebut tidak dapat dipastikan.

Tinjauan Majoriti di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai berasa terkejut dengan kelajuan pemanduan kereta itu yang mana menyebabkan kejadian tragis terbabit.

"Masalahnya laju sangat dia bawa kereta itu, sampai melayang macam itu sekali," kata Ariff Faisal.

"Ini nak balik rumah ke atau nak pergi karaoke sampai bawa laju-laju macam itu," jelas Nidin Romidin.

"Orang lain yang jadi mangsa sebab kecuaian pemandu yang pentingkan diri ini," ujar Siti Nuraisyah.

"Melayang macam kereta Batman, semoga pemandu dan mangsa tidak berlaku apa-apa yang serius," tulis Mohd Heykal.

Belum ada sebarang kenyataan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram