Kita sedang fikir banjir ketika yang lain sibuk dengan PRU — Khairy Jamaluddin


  • Primer
  • Selasa, 27 Sep 2022

Khairy (kanan) dan Hishammuddin bermesra dengan pesakit ketika melawat HAT Tunku Mizan pada Selasa.

"KITA sentiasa memikirkan soal persediaan untuk berdepan musim banjir ketika ada yang bercakap soal Pilihan Raya Umum (PRU)".

Itu yang ditegaskan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkenaan persiapan untuk menghadapi musim banjir yang dijangka lebih teruk berbanding tahun lalu.

Menurut Khairy, pihaknya kini sedang bekerja rapat dengan Kementerian Pertahanan untuk memastikan kesemua aset penyelamatan dapat digunakan sepenuhnya.

"Kita sudah mempunyai asas kerjasama ketika menentang pandemik Covid-19 dan kita sudah berbincang untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan dan fasiliti yang dimiliki," katanya.

Khairy berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Selasa.

Turut hadir ialah Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Sementara itu, ditanya mengenai keluhan mangsa banjir tahun lalu berkaitan kelewatan bantuan, jelas Hishammuddin, perkara itu adalah masalah komunikasi.

"Sekarang kita mahu pastikan apa sahaja bantuan dapat diberikan dalam apa juga keadaan secepat yang mungkin.

"Semua pihak berkenaan yang bekerja rapat dengan kita akan beri maklumat kepada kami. Gunakan semua saluran yang sedia ada untuk kami bantu.

"Apa yang penting adalah untuk menyelamatkan nyawa," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram