Yusuf al-Qaradawi menghembuskan nafas terakhir di usia 96 tahun


  • Primer
  • Isnin, 26 Sep 2022

Ulama Mesir yang juga pengasas IUMS dan tokoh penting Ikhwanul Muslimin, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi. — Agensi

KETUA Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS), Professor Yusuf al-Qaradawi dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun.

Berita pemergian ulama tersohor dunia kelahiran Mesir itu diumumkan menerusi akaun media sosial rasmi Allahyarham pada Isnin.

Dilahirkan pada pada 9 September 1926, Allahyarham dikenali sebagai seorang Mujtahid di era moden ini.

Allahyarham terkenal dengan kelantangannya mengkritik Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Qatar, tempat beliau tinggal dalam buangan berikutan penggulingan tentera kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.

Allahyarham Yusuf telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mati tanpa hadir di Mesir.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan lebih 120 buah buku termasuk naskhah perundangan Islam serta menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.

Allahyarham sangat masyhur menerusi program Sharia and Life terbitan saluran berita antarabangsa, Al-Jazeera yang dianggarkan ditonton oleh 40 hingga 60 juta penonton di seluruh dunia.

Atas jasa baktinya dalam dunia Islam, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Allahyarham Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram