'Persepsi banjir besar bakal landa negara akhir tahun ini tak tepat'


  • Primer
  • Khamis, 15 Sep 2022

Helmi mengakui bahawa hujan lebat akan berlaku, namun tidak akan menyebabkan banjir besar. — Gambar Hiasan

JABATAN Meteorologi Malaysia (MET) tampil menafikan akan berlaku hujan lebat dan banjir besar pada penghujung November seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut Ketua Pengarah MET, Muhammad Helmi Abdullah, masih tiada sebarang teknologi mahupun kemudahan yang mampu mengetahui dengan tepat waktu bencana akan berlaku.

"Saya ingin betulkan persepsi yang mengatakan banjir besar akan berlaku pada penghujung tahun ini, ia tidak tepat.

"Bagaimanapun kami tidak menafikan hujan lebat akan berlaku dalam tempoh penghujung tahun nanti, namun tidak boleh menjangka secara khusus bila waktu," katanya kepada Majoriti.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Aminurrahim Mohamed (dari kiri), Datuk Khairul Shahril Idrus, Timbalan Ketua Pengarah Nadma (Pengurusan Bencana), Muhammad Helmi, Timbalan Pengarah Nadma (Operasi), Meor Ismail Meor Akim.

Muhammad Helmi memberikan respons ketika ditemui dalam Majlis Agensi Teknikal dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bersama Media di Markas SMART, Selangor pada Khamis.

Dalam pada itu, Muhammad Helmi turut memaklumkan akan menambah lima radar cuaca baharu di seluruh negara.

"Sekarang kita memiliki 14 radar cuaca dan kita pada masa akan datang kita akan tambah lima lagi bagi mengukuhkan dan pemantau perubahan cuaca semasa," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram