Khabar angin 2 bintang ke JDT tak dapat restu penyokong


  • Podium
  • Rabu, 14 Sep 2022

Pemain JDT ketika menjulang Piala FA selepas menewaskan Terengganu FC baru-baru ini. — Facebook/Johor Southern Tigers

MEMASUKI penghujung musim Liga Super, sudah kedengaran beberapa khabar angin berkaitan perpindahan pemain.

Terbaharu, muncul pula desas-desur yang mengatakan pemain Sri Pahang, Lee Tuck dan pemain PJ City, Darren Lok akan disambar Johor Darul Takzim (JDT).

305794790_228956952787815_456882102118682702_n

Tangkap layar video yang memaparkan Lee Tuck dan Darren Lok hadir menyokong JDT. — Facebook

Ditambah lagi dengan kehadiran kedua-dua pemain itu ketika JDT menentang Terengganu FC (TFC) dalam perlawanan akhir Piala FA, seperti menguatkan lagi kebenaran khabar angin tersebut.

Namun, apa yang tersebar nampaknya tidak mendapat 'restu' penyokong yang rata-rata enggan dua pemain itu bersama JDT.

Seorang penyokong JDT, Zaidi Manas berkata, dia risau kedua-dua pemain itu langsung tidak mendapat minit permainan jika bersama JDT.

Darren-PJ-City

Darren Lok mempamerkan aksi cemerlang bersama PJ City.

"Kita perlukan sekurang-kurangnya lima ke enam pasukan yang mempunyai kekuatan setanding dengan JDT. Barulah JDT boleh ke separuh akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL).

"Kalau perbezaan standard terlalu jauh, berkemungkinan JDT juga berdepan masalah untuk lepas ke peringkat kumpulan dalam saingan ACL tahun depan," katanya.

Berkongsi pendapat yang sama, Zeno Zordik turut menganggap kehadiran kedua-dua pemain itu ke Harimau Selatan tidak berapa baik untuk perkembangan bola sepak negara.

Pahang's Lee Tuck

Kehadiran Lee Tuck diakui sebagai kunci kekuatan Sri Pahang.

"Kalau betul khabar angin itu, mungkin akan ke JDT II jika prestasi tidak setanding dengan pemain di skuad utama.

"Tetapi, kemasukan mereka mungkin tak berapa baik untuk perkembangan bola sepak negara. Kita nak pasukan lawan yang kuat untuk menjadi sparring partner JDT," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram