GINTELL buka cawangan ke-111, terbesar di Asia Tenggara


  • Bizz
  • Sabtu, 10 Sep 2022

Goh Cheh Yak (tujuh dari kiri) ketika merasmikan cawangan terbesar GINTELL di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.

RANGKAIAN perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar negara, GINTELL merasmikan membuka cawangan terbesarnya di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.

Cawangan bilik pameran yang ke-111 itu terletak di Lot L2-232, IOI City Mall dan dibuka kepada orang ramai bermula Khamis.

GINTELL dalam kenyataannya berkata, antara produk yang dipamerkan adalah kerusi urut, mesin larian, basikal senaman dan mesin urut mudah alih.

"Reka bentuk cawangan bilik pameran ini adalah bertemakan futuristik moden kerana ia membawa maksud Teknologi AI terkini yang sentiasa digunakan dalam produk-produk GINTELL untuk jangka masa yang panjang," katanya.

gintell1

Cheh Yak (tiga dari kiri) semasa simbolik perasmian cawangan ke-111 GINTELL di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis

Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Duta GINTELL, Amber Chia dan Datuk Jalaluddin Hassan; Pengarah Pengurusan GINTELL, Datuk Goh Cheh Yak, pihak pengurusan GINTELL dan juga kakitangan pengurusan IOI City Mall.

Terdahulu, perasmian dimulakan dengan ucapan Cheh Yak dan kemudiannya diteruskan dengan persembahan sembilan ekor tarian singa untuk membawa tuah serta kesejahteraan kepada GINTELL.

gintell4

Dari kiri: DJ Lin, Cik Piah, Amber dan Jalaluddin turut memeriahkan majlis perasmian berkenaan

Menurutnya, persembahan tarian singa untuk pembukaan cawangan bilik pameran merupakan satu tradisi GINTELL sejak dulu dan masih dikekalkan sehingga kini.

Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut, sila lawati bilik pameran GINTELL yang terdekat atau layari laman web www.gintell.com atau hubungi khidmat pelanggan di +603-6277 9333. Your All Time Health Companion. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram