Konon harga promo tapi bayar 2 kali ganda, pelanggan dakwa pasar raya sengaja tipu, nak untung lebih


  • Tular
  • Isnin, 05 Sep 2022

Tangkap layar menunjukkan sebuah pasar raya sengaja mempamerkan harga murah sebagai taktik penipuan.

SEBUAH pasar raya terkemuka di Pahang dipercayai telah menipu pelanggan apabila salah seorang daripadanya mendakwa terpaksa membayar dua kali ganda mahal daripada harga yang dipaparkan pada barangan dibelinya.

Mendakwa dirinya ditipu, wanita itu mula menyedari ada sesuatu yang mencurigakan apabila resit jualan yang diterima menunjukkan perbezaan ketara daripada segi harga.

Tular di laman TikTok, rakaman video ini dimuat naik sendiri oleh mangsa yang dikenali sebagai fizaharif77.

Difahamkan, mangsa mengalami kerugian dua kali ganda apabila terpaksa membayar sebanyak RM18.99 untuk sepaket berus gigi walhal harga yang dipaparkan di tag hanya berjumlah RM9.99.

Menganggap ia sebagai taktik penipuan yang sengaja dilakukan, wanita itu kemudiannya membuat aduan kepada pihak pengurusan pasar raya dan menuntut semula baki wangnya.

"Saya nak tahu apa barang yang berharga RM18.99 tu, ni dah dikira menipu sebab saya bayar harga dua kali lagi mahal.

"Harga yang dipaparkan RM9.99, macam mana boleh jadi mahal bila bayar," katanya.

Susulan aduan yang dibuat, pengurus pasar raya turut membuat penjelasan dan memaklumkan kesilapan yang berlaku berpunca daripada pekerjanya.

Meskipun begitu, ketika di kaunter pembayaran wanita tersebut masih tidak berpuas hati dan tetap mendakwa dirinya ditipu.

"Berapa ramai pelanggan yang dah tertipu dan tak sedar mereka bayar mahal, macam mana boleh jadi macam ni.

"Semua harga diletakkan RM9.99 macam mana boleh jadi mahal, saya nak awak imbas harga sebenar dan tunjukkan kepada saya," katanya.

Namun situasi itu akhirnya diselesaikan dengan baik oleh kedua pihak apabila pengurusan pasar raya tersebut mengaku bersalah kerana silap meletakkan tag harga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram