SEORANG pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya terpaksa mengundurkan keretanya ke belakang apabila diarahkan oleh polis yang kebetulan melalui jalan yang sama.
Pemandu kereta Perodua Kancil itu difahamkan telah melalui jalan yang salah apabila berada di laluan sehala sekitar Seksyen 2, Shah Alam, Selangor.
Enggan mengalah, pemandu berkenaan dilihat masih cuba untuk melepasi halangan kenderaan polis sebelum ditahan pegawai peronda tersebut ketika berselisih.
Pihak polis pantas memberikan amaran menerusi pembesar suara sebaik melihat kesalahan yang berlaku.
Akur dengan peraturan, kereta itu akhirnya terpaksa berundur ke belakang sebaik diberikan arahan melalui tingkap kereta.
Menerima lebih 214,000 jumlah tontonan di TikTok, ruangan komen dipenuhi dengan kecaman daripada netizen.
NaimLatib berkata, pihak polis perlu sentiasa memantau pergerakan kereta di sana sekiranya enggan kesalahan itu berulang.
"Pihak polis trafik kena buat pemeriksaan selalu di kawasan itu, saman siapa yang salah supaya tiada lagi yang berani memandu dalam laluan yang salah," katanya.
"Kadang-kadang ada juga yang tak tahu jalan tu sehala, tapi ada juga yang memang dah tahu tapi sengaja nak jalan juga di laluan itu.. sekali polis ada terus kena marah," kata Cik Intan Hasnah.
"Kalau aku yang jadi polis, memang aku saman je kereta tu, cermin gelap lepas tu lalu jalan sehala pulak memang salah la," jelas SipotSedot. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram