Misteri terjawab, budak perempuan tidur dalam longkang rupanya penjaja jalanan


  • Tular
  • Jumaat, 02 Sep 2022

Tangkap layar menunjukkan kanak-kanak perempuan yang tular di TikTok baru-baru ini, difahamkan merupakan penjaja makanan ringan.

MISTERI kanak-kanak perempuan tertidur di tepi jalan akhirnya terjawab apabila dia dipercayai merupakan penjaja makanan ringan di sekitar kawasan Kolombong, Kota Kinabalu, Sabah.

Perkara itu disahkan menerusi oleh pemilik akaun TikTok Deylahabib yang memaparkan keadaan dan situasi terkini kanak-kanak berkenaan.

Pemilik akaun yang hanya mahu dikenali sebagai Nur Fadhilah, 28, berkata, hasil tinjauan dilakukan menunjukkan kanak-kanak tersebut merupakan penjaja dan segala bekalan stok jualan dibekalkan oleh ibu bapa mereka.

"Mereka sebenarnya jual makanan ringan di situ dan setiap kali lampu isyarat merah, mereka akan pergi ke setiap kenderaan untuk menjual.

"Terdiri daripada enam orang, tiga daripada mereka merupakan adik beradik manakala tiga lagi adalah kawan dan jiran tetangga," katanya.

"Kesemua kanak-kanak itu tidak bersekolah dan mereka akan mula berniaga seawal pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang," katanya kepada Majoriti.

Tambah Nur Fadhilah, kejadian tular sebelum ini yang memaparkan si cilik itu tidur difahamkan kerana terlalu penat dan keletihan.

"Dia tertidur di tepi jalan kerana terlampau penat dan payung yang digunakan juga merupakan hasil sumbangan orang yang melalui jalan itu.

"Sehingga ke hari ini, masih ramai yang mahu memberikan bantuan dan mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh maklumkan kepada saya atau jumpa mereka sendiri di jambatan sekitar Kolombong, Kota Kinabalu, Sabah," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram