Bergaduh malam Merdeka, polis tahan 7 lelaki


  • Tular
  • Khamis, 01 Sep 2022

Tangkap layar menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh dan bertindak ganas dengan membaling topi keledar antara satu sama lain.

TUJUH lelaki ditahan selepas terlibat dalam pergaduhan dan kekecohan yang berlaku di bandar Mentakab Temerloh, Pahang, ketika sambutan ambang kemerdekaan baru-baru ini.

Tangkapan itu dibuat susulan tersebarnya rakaman video berdurasi 10 saat yang menunjukkan kejadian itu berlaku antara pukul 12.05 sehingga 12.20 tengah malam Rabu.

Rakaman video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh menggunakan dan botol tetapi tiada kecederaan serius dilaporkan.

Polis kini giat mengesan baki suspek lain yang terlibat dalam pergaduhan dan kekecohan itu.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, tangkapan di sekitar bandar Mentakab itu melibatkan suspek berusia 19 hingga 35 tahun yang disyaki terlibat.

“Pihak polis telah membuat laporan maklumat pertama (FIR) untuk memulakan siasatan di bawah Seksyen 147 kanun Keseksaan iaitu merusuh di tempat awam dan juga pergaduhan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis telah menerima video terbabit sekitar pukul 8.00 pagi Khamis yang memaparkan pergaduhan sekumpulan lelaki tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta untuk tampil bagi menyalurkan maklumat dan segala info boleh disalurkan menerusi pegawai penyiasat ASP Irmawathy Binti Mohamad Yusof di talian 012-2822874 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram