Aksi onani 'The Spender Man' Tuaran dirakam CCTV


  • Tular
  • Jumaat, 26 Ogos 2022

Suspek dilihat menutup mukanya menggunakan seluar dalam.

TULAR satu video seorang lelaki yang bertindak jelik dengan melakukan onani di Shahbandar, Tuaran, Sabah.

Video yang dimuat naik dalam Facebook Inforoadblock menunjukkan aksi lucah lelaki tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) oleh pemilik rumah berkenaan.

"Kejadian berlaku pada Selasa di Shahbandar, Tuaran.

"Menurut tuan rumah, suspek datang dua kali iaitu pada pukul 5.57 pagi dan 10.08 pagi," tulisnya.

Dalam video tersebut menunjukkan seorang lelaki menjadikan seluar dalam sebagai topeng muka dan bertopi memanjat bahagian bumbung belakang rumah dua tingkat itu.

Suspek kemudiannya menuju ke arah sebuah tingkap bilik di belakang rumah berkenaan dan terus melakukan perbuatan yang jijik itu.

Tinjauan Majoriti di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna geli hati dengan tindakan suspek yang menutup muka dengan seluar dalam bewarna putih.

"Seluar dalam siapalah yang dia ambil, siap letak di muka lagi. Ambil bau rasanya," kata Ujang Senang

Seorang lagi pengguna mengharapkan suspek dapat ditangkap dan dihantar ke penjara semoga insaf.

"Letak dia dalam penjara yang banyak drop sabun. Baru dia tahu dunia dunia beronani sebenar," tulis Yuslan Harman.

Seorang lagi warganet Yamen Enzai turut menggelar suspek dengan nama 'The Spender Man'.

Sehingga kini, video berkenaan telah ditonton lebih 3,000 kali di halaman Facebook tersebut.

Difahamkan pemilik rumah tersebut sudah membuat repot polis.

Belum ada sebrang kenyataan media daripada pihak berkuasa setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram