Muhyiddin kembali jadi PM jika PN takluk PRU15


  • Politik
  • Sabtu, 27 Ogos 2022

Dominic ketika berucap pada Konvensyen PN 2022 dan sambutan Ulang Tahun PN Kedua di MAEPS pada Sabtu. — Sinar Harian

PRESIDEN Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chain mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10 jika Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, gabungan parti dalam PN akan menumpukan kekuatan dan perpaduan bagi memenangi PRU15 seterusnya mengambil alih kerajaan Persekutuan.

“Kita akan ambil alih kerajaan Persekutuan dan menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Konvensyen PN 2022 dan sambutan Ulang Tahun PN Kedua di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor pada Sabtu.

Bagaimanapun, Dominic Lau mengakui, untuk mencapai impian bagi memenangi PRU15 itu bukan senang.

“Untuk mencapai impian ini kita mesti mendapatkan mandat dan sokongan undi daripada rakyat Malaysia,” ujar beliau.

Tegasnya, PN perlu memperoleh undi semua lapisan masyarakat di negara ini yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan budaya. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram