'Dah la bagi duit kurang, terima kasih pun tak', rider Foodpanda geram, pelanggan sesuka hati bayar harga 'promo'


  • Tular
  • Khamis, 25 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan penunggang Foodpanda meluahkan kemarahan apabila menerima duit bayaran yang tidak cukup dari pelanggan.

BENGANG dengan sikap segelintir pelanggan yang sering bayar dengan jumlah tidak mencukupi, rider Foodpanda ini kongsikan kemarahannya apabila menerima nasib yang sama ketika membuat penghantaran.

Memuat naik video di laman media TikTok, penghantar makanan ini dikatakan tidak menerima bayaran yang sepatutnya apabila duit diterima masih kurang 50 sen.

Meskipun jumlah itu boleh dikatakan kecil, namun sekiranya perbuatan itu dilakukan oleh setiap pelanggan ianya sedikit sebanyak boleh mendatangkan kerugian kepada rider.

Menurutnya, pelanggan itu dianggap biadab kerana bukan sahaja memberikan duit yang tidak cukup, malah dia juga tidak mengucapkan terima kasih, sebaliknya hanya keluar untuk mengambil makanan yang dipesan dan terus melulu masuk ke dalam rumah.

"Kurang ajar betul dia ni, dah la aku hantarkan makanan lepas tu tak cakap terima kasih ke apa pun.

"Kau bagi pun RM14 je kau tengok la harga makanan ni berapa sepatutnya," katanya.

Menerima sebanyak 680,000 jumlah tontonan di TikTok, rata-rata komen netizen turut tidak berpuas hati dengan isu yang dipaparkan apabila ramai penunggang Foodpanda yang lain turut berkongsi kisah dan nasib serupa.

Mameemonster: "Saya pernah kena juga bang masa hantar pesanan makanan, pelanggan bayar secara tunai jumlah sepatutnya RM25.90 tapi dia bagi RM25.00 je, siap cakap 'keep the change' lagi tu."

Malindo Brothers: "Sebab tu aku tak suka pelanggan bayar tunai, aku dulu pernah kena harga RM10.50 jarak rumah dari kedai makan tu kira-kira 13km tapi boleh pula akak tu cakap 50 sen halal ye dik."

500 Stack: "Aku faham bukan masalah 50 sen tu yang utama tapi ucapan terima kasih tu perlu keluar dari mulut sekurang-kurangnya." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram